suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Tumpang Hamil 3 Bulan Anak Kim Kardashian

Kim Kardashian bakal menimang cahaya mata ketiga.

IMPIAN bintang realiti Kim Kardashian untuk memiliki anak ketiga hampir menjadi kenyataan apabila dia bakal menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

TMZ melaporkan keputusan Kim menggunakan kaedah ibu tumpang menampakkan hasil apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu dilaporkan sedang hamil tiga bulan.

Sebelum artis itu dan pasangannya Kanye West mengumumkan akan menggunakan khidmat ibu tumpang selepas Kim dinasihatkan untuk tidak lagi hamil.

Ini kerana wanita berusia 36 tahun itu mempunyai masalah pada bahagian plasenta dan sekiranya dia hamil ia akan mengancam nyawanya.

Membesar dalam sebuah keluarga yang besar, Kim dalam satu temubual pernah memberitahu mahukan anak yang ramai.

"Saya mempunyai ramai adik-beradik dan saya sukakan keadaan itu dan ingin mempunyai anak yang ramai," katanya.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Sebelum

Artikel Lain