suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yoon Cheol Jong (10cm) Ditahan Ambil Ganja

Yoon Cheol Jong ditahan kerana mengambil dadah jenis marijuana.

SELEPAS Top (Big Bang) dibebaskan atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, terbaharu Yoon Cheol Jong dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang sama. 

Bahagian Siasatan Jenayah Dadah Seoul mengemukakan kes tersebut untuk disiasat selepas ujian saringan dadah dilakukan terhadap salah seorang ahli kumpulan 10cm mendapati ia positif pada 18 Julai lalu.

Menurut laporan polis, sebelum ini Yoon Cheol Jong pernah ditangkap ketika sedang mengambil dadah di rumahnya pada Julai 2016. 

Agensi pengurusan Yong Cheol Jong, Magic Strawberry Sound memberitahu mereka tidak boleh berhubung dengan artis mereka sejak kontraknya tamat pada pertengahan Jun lalu.

"Kami tidak tahu tentang kes Yoon Cheol Jong ditahan atas kesalahan mengambil dadah.

"Malah, awal bulan ini dia telah meninggalkan kumpulan 10cm kerana mempunyai masalah kesihatan," kata wakil agensi. 

Sehingga kini, masih belum ada laporan baru mengenai kes Yoon Cheol Jong.

Yoon Cheol Jong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain