suria

Katy Perry Minta Taylor Swift Tamatkan 'Perang'

Drama pergaduhan Taylor Swift dan Katy Perry sudah berlanjutan selama beberapa tahun.

PERANG dingin di antara dua penyanyi iaitu Katy Perry dan Taylor Swift nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun ia telah berlanjutan selama beberapa tahun.

Katy ketika muncul dalam program Late Late Show With James Corden mengakui berlaku perang dingin di antara mereka namun bukan dia yang memulakan peperangan itu.

"Memang ada berlaku pergaduhan di antara kami tetapi bukan saya yang memulakannya dan sudah tiba masanya dia (Taylor) juga menyelesaikan hal itu," katanya.

Katy memberitahu dia pernah menelefon Taylor untuk bercakap mengenai perkara itu namun mendakwa penyanyi berkenaan enggan berbuat demikian selepas dia melancarkan lagu berjudul Bad Blood yang dikatakan ditujukan kepadanya.

Bagaimanapun Katy enggan mengesahkan sama ada lagu terbaharunya, Swish Swish ditujukan kepada Taylor.

"Saya cuba buat perkara yang betul kerana tidak tahu apa yang berlaku dan secara tiba-tiba dia menulis lagu untuk saya?

"Sebab itu saya cuba menelefonnya untuk bertanya tetapi dia enggan bercakap dan itu cara dia menyelesaikan masalah (menulis lagu)? Karma!," katanya.

Sementara itu, Katy berkata, dia sudah bersedia untuk menamatkan apa juga 'perang' di antaranya dengan Taylor kerana enggan memanjangkan masalah.

Taylor Swift, Katy Perry

Artikel Lain