suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain & Kim Tae Hee Bakal Timang Anak Pertama

Kim Tae Hee dan Rain berkahwin yang berkahwin pada Januari lalu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

BAHARU sahaja berkahwin pada Januari lalu, pasangan Kim Tae Hee dan Rain mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagI.

Koreaboo melaporkan kandungan Tae Hee kini sudah pun memasuki minggu ke-15 dan aktres itu kini berada dalam keadaan baik.

"Restu daripada peminat dan keluarga, Tae Hee dan Rain bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

"Pasangan itu ingin berkongsi berita tersebut dengan semua peminat yang sentiasa mendoakan kebahagian mereka," kata wakil pengurusannya dalam satu kenyataan.

Perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat.

Walaupun diadakan secara tertutup, Rain dan Tae Hee memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram untuk tatapan peminat.

Rain, Kim Tae Hee

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia