suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selebriti Korea Dalam Radar Tentera

Antara selebriti yang sedang menjalani servis ketenteraan.

UNIT pentadbiran ketenteraan (MMA) Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menguruskan secara langsung kemasukan mandatori golongan selebriti di negara itu.

Menurut laporan soompi.com, MMA memberitahu agensi pengurusan artis supaya mengemukakan senarai selebriti bawah naungan mereka selaras dengan pindaan Akta Perkhidmatan Tentera.

Berdasarkan pindaan itu, Perkara 77-4 Akta Perkhidmatan Tentera meluaskan skop kawalan MMA kepada selebriti dan atlet.

"Kami telah menghantar surat rasmi meminta kerjasama setiap agensi hiburan.

"Selaras dengan pindaan baru, kami akan menguruskan pelaksanaan servis mandatori tentera untuk selebriti dan atlit.

"Kami akan menguruskan proses keseluruhan perkhidmatan tentera golongan itu," kata sumber dari MMA.

Keputusan baharu itu membabitkan penyanyi, pelakon, pelawak, model, dan ahli sukan yang lahir antara tahun 1980 hingga 1999.

Servis Ketenteraan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain