suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'The Beguiled' Buka Mulut Isu Adegan Seks

Kirsten Dunst

JIKA menonton treler filem arahan Sofia Coppola iaitu The Beguiled, anda pasti menyedari mengenai adegan berahi antara Colin Farrell dan Kirsten Dunst.

Bagi kedua-dua pelakon itu, mereka mempunyai pandangan peribadi mengenainya.

"Saya berada di atas lantai dan pakaian saya direntap," terang Dunst mengenai babak berkenaan.

Tegas aktres itu lagi dia sememangnya tidak selesa namun tetap profesional.

"Saya tidak suka... saya tidak suka.

"Secara jujur, saya seperti mahu habiskan babak tersebut secepat mungkin," katanya seperti yang dilaporkan E! News.

Salah satu babak lakonan Farrell. -foto Universal Studios

Tambah Dunst dia bertuah kerana pengarah filem itu memahami akan isu berkenaan.

"Menerusi filem-filem yang pernah saya lakukan sebelum ini, pengarah lelaki mahu merakamkan dari pelbagai sudut.

"Sekurang-kurangnya Sofia juga bersetuju supaya menyelesaikan adegan itu dengan segera," katanya.

Menerusi filem itu Farrell melakonkan watak seorang askar yang cedera dalam Perang Saudara dan kemudian dia dibawa sekolah berasrama perempuan di Virginia.

Pelajar perempuan di sekolah itu mula menyukai watak yang dilakonkan Farrell.

Pelakon lain yang terlibat ialah Elle Fanning dan Nicole Kidman.

Sementara itu bagi Farrell, dia bertindak profesional semasa melakonkan adegan seks.

"Sebenarnya ia lebih sukar bagi wanita. Dan sejak dahulu lagi wanita lebih dieksploitasi secara seksual.

"Oleh itu saya merasakan wanita perlu diberi keutamaan dan kebebasan untuk melakukannya dengan cara yang mereka selesa," katanya.

Kirsten Dunst, Colin Farrell

Artikel Lain