suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Ryan Gosling & Eva Mendes Retak

Hubungan aktres Eva Mendes dan Ryan Gosling dilaporkan retak.

PASANGAN selebriti Ryan Gosling dan Eva Mendes yang dikhabarkan berkahwin pada September lalu dikhabarkan berantakan.

Perkara itu dikatakan bermula apabila pelakon La La Land itu berjalan di karpet merah sendirian pada acara Anugerah Akademi lalu.

Seperti dipetik daripada OK! Magazine, Eva mengaku sengaja tidak menemani suaminya berikutan lebih senang menguruskan anak-anaknya di rumah.

Selain itu, Eva juga dikatakan sibuk menguruskan perniagaan fesyen miliknya.

"Ryan marah dan kecewa apabila Eva tidak menyokongnya pada malam anugerah berkenaan, Eva terlalu mementingkan bisnes fesyennya.

"Jika bukan kerana anak-anak, saya tidak fikir hubungan tersebut masih kekal," ujar sumber.

Pasangan ini mula bercinta selepas berlakon bersama dalam filem The Place Beyond The Pines.

Ryan dan Eva dikurniakan dua cahaya mata pada tahun 2012 dan 2014.

Ryan Gosling, Eva Mendes

Artikel Lain