suria

Ibu Tampil Beri Penjelasan Status Agama Lindsay Lohan

IBU kepada penyanyi Lindsay Lohan iaitu Dina Lohan tampil menafikan anaknya itu sudah memeluk agama Islam sebagaimana yang menjadi tular di media sosial.

Dina berkata, tindakan Lindsay memadam semua foto di laman Instagram berikutan dia ingin berehat seketika daripada dunia sosial.

Terdahulu wakil bintang Mean Girls ini turut menafikan dia sudah menukar agama.

Penyanyi berusia 30 tahun itu dikatakan kerap kali ke Dubai dan disangka telah memeluk agama Islam secara rahsia. Walhal dia kini sedang mendalami pengajian beberapa agama termasuk agama Islam.

Disebabkan perkara itu juga, Lindsay menerima diskriminasi kerana mempelajai Islam ketika berada di Amerika Syarikat.

Penyebaran gambarnya bertudung membuatkan spekulasi berkenaan terus diperkatakan.

Lindsay Lohan

Artikel Lain