suria

Hubungan Dengan The Weeknd, Selena Gomez Tak Rasa Bersalah

PENYANYI Selena Gomez yang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih rakan baiknya Bella Hadid iaitu The Weeknd mengejutkan banyak pihak.

Bella yang sebelum ini agak rapat dengan penyanyi berkenaan dikatakan sudah memutuskan hubungan persahabatan mereka dan 'unfollow' Selena dari media sosial.

Menurut sumber seperti dipetik TMZ, Selena sedikit pun tidak rasa bersalah berikutan hubugan mereka bukan terlalu akrab.

Dia juga beranggapan tidak menjadi satu masalah untuk memutuskan persahabatan dengan wanita itu.

Sementara itu, sumber memberitahu hubungan antara Selena dan The Weeknd sudah terjalin sejak setahun lalu.

Namun, pasangan ini mengambil masa yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu kepada umum.

Selena Gomez

Artikel Lain