suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabar Angin Gigi Hadid & Zayn Malik Bertunang

HUBUNGAN antara model Gigi Hadid dan penyanyi Zayn Malik dilaporkan semakin serius selepas hampir setahun bercinta.

Pasangan yang tidak merahsiakan kemesraan ini dikhabarkan bakal mengumumkan berita gembira mereka itu kepada peminat.

Model Victoria's Secret itu dilaporkan sudah memakai cincin istimewa di jari manisnya seperti dirakamkan kamera paparazi.

Foto yang tersebar di Internet itu menunjukkan Gigi sedang memasuki kediamannya di New York, Isnin lalu.

Seperti dipetik Daily Mail, sahabat baik Kendall Jenner ini dilihat mengayakan pakaian santai.

Bagaimanapun sebelum ini, sumber ada memberitahu majalah Life & Style, Gigi Hadid menolak lamaran Zayn berikutan belum bersedia.

Wanita yang baharu berusia 21 tahun ini belajar daripada kehidupan ibunya yang mengalami dua kali kegagalan rumah tangga.

Gigi Hadid

Artikel Lain