suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Myung Soo Minta Maaf Mainkan Lagu Cetak Rompak

Myung Soo

PELAWAK DJ Park Myung Soo dituduh menggunakan lagu daripada sumber yang tidak sah iaitu cetak rompak ketika membuat penampilan sebagai DJ baru-baru ini.

Pelawak tersebut turut mengakui kesalahan dan meminta maaf melalui laman Instagram peribadinya.

"Benar, saya telah memainkan lagu yang salah, saya akui kesilapan itu dan saya berjanji untuk lebih berhati-hati memilih lagu," tulisnya.

Myung Soo menjadi DJ di salah sebuah kelab malam di Seoul pada 14 Januari lalu.

Pelawak ini dikatakan memainkan lagu EDM Grand Opera milik DJ Jewelz & Sparks dalam versi yang tidak rasmi.

Pemilik lagu tersebut bertindak menegur Myung Soo di twitter agar memdapatkan lagu pada versi yang rasmi dijual oleh pihaknya.

Myung Soo

Artikel Sebelum

Artikel Lain