suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gigi Hadid Enggan Kahwin Zayn Malik

Zayn Malik dan Gigi Hadid bercinta sejak setahun lalu.
MODEL terkenal Gigi Hadid dilaporkan enggan mengahwini Zayn Malik selepas bekas anggota kumpulan One Direction itu melamarnya baru-baru ini.

Mirror melaporkan Gigi, 21, menolak lamaran itu kerana belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan tambahan pula usianya masih muda.

Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, keputusan Gigi itu juga berkait rapat dengan ibunya, Yolanda Hadid yang sebelum ini pernah bercerai sebanyak dua kali.

"Dia melihat ibunya mengharungi dua perceraian yang teruk dan kerana itu juga dia berasa takut akan melalui perkara sama.

"Gigi belum berasa yakin Zayn ialah lelaki paling tepat untuk dia mengikat komitmen sepanjang hayatnya," kata sumber terdekat model itu.
Gigi Hadid, Zayn Malik

Artikel Lain