suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Margot Robbie Muat Naik Foto Cincin Sahkan Sudah Berkahwin

PELAKON Margot Robbie akhirnya memberi petanda mengesahkan berita perkahwinannya dengan pengarah Tom Ackerley yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Margot yang popular menerusi watak Harley Quinn dalam filem Suicide Squad itu memuat naik gambar berkucupan dengan Tom di laman Instagram miliknya dengan menunjukkan cincin perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, dia tidak menulis sebarang kapsyen pada foto berkenaan.

Foto tersebut menerima 1.4 juta tanda likes dan hampir 30,000 komen memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Terdahulu, khabar angin memberitahu pasangan itu berkahwin di Australia dan majlis berkenaan diadakan secara rahsia di tepi pantai dalam suasana yang tenang.

Margot Robbie

Artikel Lain