suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heo Young Ji Dedah Ditipu Teman Lelaki

Heo Young Ji mendedahkan pernah ditipu oleh bekas kekasihnya apabila mendapati lelaki tersebut curang.

PENYANYI Heo Young Ji mendedahkan pernah menjadi mangsa penipuan bekas kekasihnya apabila lelaki berkenaan bersikap curang terhadapnya.

Young Ji memberitahu lebih mengejutkannya bekas teman lelakinya itu bermain cinta dengan rakan baiknya sehingga menyebabkan hubungan mereka renggang sehingga kini.

"Bekas teman lelaki saya pernah berlaku curang dengan teman baik saya sendiri dan ia kejadian yang cukup menyakitkan hati saya.

"Saya bukan sahaja kehilangan teman lelaki tetapi seorang kawan baik yang bersikap tidak jujur terhadap saya," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Young Ji membuat pendedahan itu ketika keudara menerusi program radio SBS PowerFM bersama Kim Chang Ryul baru-baru ini.

Ketika bersiaran seorang peminat menelefon meminta nasihat penyanyi itu berhubung soal cinta dan ketika itu Young Ji mendedahkan kisah silamnya.

"Saya takut untuk kembali menjalinkan hubungan cinta kerana pengalaman lalu membuatkan saya takut," katanya.

Heo Young Ji

Artikel Berikut

Artikel Lain