suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Diserang Lelaki Tidak Dikenali

Justin Bieber diserang lelaki tidak dikenali ketika keluar daripada sebuah kelab di Jerman pada Jumaat lalu.
PENYANYI Justin Bieber dilaporkan diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah kelab di Jerman pada Jumaat lalu.

TMZ melaporkan Justin, 22, ditolak seorang lelaki dengan kasar ketika keluar meninggalkan kelab berkenaan namun sempat diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan berada di tempat kejadian.

"Justin ditolak kasar secara tiba-tiba tetapi dia tidak mengenali lelaki itu atau pun dilihat mengenali individu berkenaan.

"Nasib baik Justin sempat ditarik oleh seorang wanita selepas lelaki itu menolaknya," kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan sejak awal cuba menggangu Justin ketika berada di dalam kelab namun tidak dilayan penyanyi itu.

Dipercayai individu berkenaan berada dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu berjaya merakamkan insiden berkenaan.

Rakaman juga menunjukkan rakan perniagaan Justin, John Shahidi dilihat menangkap lelaki tersebut daripada terus bertindak agresif.

Justin Bieber

Artikel Lain