suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

G-Dragon Terharu Peminat Buat Kebajikan Bersempena Hari Lahirnya

G-Dragon terharu apabila ada peminat yang menghulurkan bantuan kepada badan kebajikan bersempena dengan sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

PENYANYI G-Dragon terharu apabila peminat setianya memberi derma kepada beberapa badan kebajikan bersempena dengan hari jadinya yang disambut pada 18 Ogos lalu.

Soompi melaporkan G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 28, bertambah terharu apabila ada di antara peminat meletakkan namanya sebagai penderma sebagai hadiah untuknya.

Peminatnya memilih badan kebajikan kanak-kanak termasuk Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi menghulurkan bantuan.

G-Dragon yang juga ahli kumpulan Big Bang turut memuat naik gambar sijil derma tertera namanya yang dihantar peminat kepadanya di Instagram bagi mengucapkan terima kasih selain menghargai usaha mereka.

Ada di antara peminat yang menyumbang USD14,000 (RM560,000) kepada badan kebajikan.

"Mengagumkan! Bangga!," tulisnya pada kepsyen gambar dimuat naik.

G-Dragon, Big Bang

Artikel Lain