suria

Orlando Bloom Mahu Cepat Kahwini Katy Perry

Orlando dan Katy kelihatan mesra ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

PELAKON Orlando Bloom dilaporkan sudah bersedia untuk mengahwini teman wanitanya, Katy Perry selain ingin mempunyai cahaya mata bersama wanita berkenaan.

People melaporkan Orlando benar-benar menyintai Katy dan menganggap penyanyi lagu Roar itu adalah wanita paling sempurna dan ideal untuk dirinya.

"Dia (Orlando) ingin berkahwin dengan Katy dan mempunyai anak yang ramai bersamanya dan dia benar-benar jatuh cinta.

"Baginya Katy adalah wanita paling sempurna yang pernah dia temui," kata sumber terdekat pasangan itu.

Katy dan Orlando baru-baru ini dilihat bercuti di sebuah pulau dan mereka juga tidak lagi berselindung dalam menunjukkan rasa kasih sayang yang wujud di antara mereka.

Bagiamanapun kata sumber itu lagi, walaupun kedua-dua mereka sudah bersedia ke alam perkahwinan namun buat masa ini masih tiada sebarang perancangan khusus ke arah itu.

Orlando Bloom

Artikel Lain