suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robbie Williams Dibayar RM8.3 Juta Menyanyi Pada Majlis Perkahwinan

Robbie Williams menerima bayaran lumayan hanya untuk mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan.

PENYANYI Robbie Williams dilaporkan dibayar £1.6 juta (RM8.3 juta) untuk mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan anak perempuan hartawan Russia iaitu Rashid Sardarov baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan, pada cara berkenaan, Robbie menyampaikan beberapa buah lagu popularnya termasuk Angels pada majlis yang diadakan di Prague Castle itu.

Anak perempuan Rashid iaitu Victoria Sardarov turut memuat naik gambar selfie bersama penyanyi terkenal itu di Instagram bagi mengucapkan terima kasih kerana sudi menyanyi pada hari bahagianya itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah model terkenal, Sara Sampaio.

Majlis perkahwinan Victoria dan pasangannya, Anton Antonov dilaporkan menelan kos sebanyak £8 juta (RM41 juta).

Robbie Williams

Artikel Berikut

Artikel Lain