suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontrak Song Joong Ki Sebagai Duta Produk Digugurkan

Kontrak Song Joong Ki sebagai duta produk telefon pintar dibatalkan.
KONTRAK pelakon Song Joong Ki sebagai duta produk telefon pintar di China dilaporkan ditarik balik.

Soompi melaporkan Joong Ki mendapat tawaran tersebut pada Mei lalu dengan bayaran dianggarkan bernilai USD$3.4 juta (RM13 juta) ketika namanya sedang memuncak ekoran drama bersiri lakonannya, The Descendants Sun.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat berkenaan penguguran itu disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan namun Joong Ki masih menerima bayaran penuh walaupun kontrak itu dibatalkan.

Bagaimanapun dalam satu laporan berlainan perkara itu disebabkan faktor ekonomi China yang mengalami masalah sehingga memaksa tawaran itu digugurkan.

Selain itu, turut dilaporkan tawaran drama Joong Ki di China turut terjejas ekoran masalah ekonomi negara itu.

Song Joong Ki

Artikel Lain