Wanita berkenaan sebaliknya diarahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan kepada Hyun Joong sebanyak USD$91,400 (RM365,600) kerana memfitnah lelaki berkenaan.
Sebelum ini, A memfailkan saman terhadap Hyun Joong pada Ogos dua tahun lalu kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja namun kes itu digugurkan selepas pelakon itu memohon maaf.
A kemudiannya mendakwa dia mengandungkan anak teman lelakinya itu sebelum memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak USD$1.5 juta (RM6 juta) kerana mengalami tekanan emosi akibat keguguran.
Mahkamah mendapati pihak plaintif iaitu A gagal membuktikan semua tuduhan dibuat terhadap Hyun Joong termasuk dakwaan dia keguguran kerana tertekan akibat dipukul lelaki itu.
Malah A dilaporkan gagal memberikan bukti tentang pengesahan dia hamil daripada hospital selain dia didapati mengambil minuman alkohol ketika bersama rakan-rakannya walaupun mendakwa sedang mengandung.


