suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Train To Busan' Cipta Rekod Box Office Tahun 2016

Train To Busan mencipta sejarah apabila ditonton sebanyak 10 juta penonton sejak ia ditayangkan dipawagam pada 22 Julai lalu.
FILEM seram Train To Busan mencipta rekod apabila melepasi angka 10 juta tontontan di Korea Selatan sejak ia ditayangkan di pawagam pada 22 Julai lalu.

Soompi melaporkan karya arahan Yeon Sangho itu memperoleh angka itu hanya dalam masa tiga hari dan berjaya menduduki tangga teratas carta filem di negara itu.

Dilakonkan oleh Gong Yoo, Jung Yumi dan Ma Dong Seok,Train To Busan sekaligus memecah rekod filem A Violent Prosecutor yang meraih 9.7 juta penonton dalam tempoh sama.

Dalam pada itu, Gong Yoo dalam satu temubual memberitahu dia sendiri tidak menyangka naskah berkenaan mampu mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

"Saya tidak sangka kerana sebelum ini filem lakonan saya hanya berjaya meraih 5 juta penonton sahaja dan angka untuk Train To Busan cukup menakutkan," katanya.

Train To Busan sebelum ini pernah ditayangkan pada Festival Filem Cannes Ke-69 yang berlangsung pada awal tahun ini.

Selain itu, ia juga pernah menerima penghargaan khas pada Festival Filem Antarabangsa Fantasia Ke-20 di Kanada baru-baru ini.

Train To Busan

Artikel Lain