suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siaran Drama Bersiri 'W' Dibatalkan Kerana Sukan Olimpik

Drama bersiri W mendapat rating tertinggi di Korea Selatan ketika ini.

PENYIARAN episod terbaharu drama bersiri popular iaitu W dilaporkan terpaksa dibatalkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Sukan Olimpik Rio 2016.

Allkpop melaporkan episod keenam dan ketujuh yang sepatutnya ditayangkan pada 10 dan 11 Ogos ini terpaksa ditunda dan ia telah menyebabkan peminat setia drama bersiri itu berang.

Peminat telah menghantar maklum balas negatif menerusi laman web rasmi drama berkenaan yang rata-rata mahukan W disiarkan pada waktu ditetapkan.

W yang menampilkan barisan pelakon seperti Lee Jong-Suk dan Han Hyo-Joo adalah drama yang mendapat rating tertinggi di Korea Selatan buat ketika ini.

Ia berjaya mengalahkan drama bersiri lain seperti Doctors dan Uncontrollably Fond.

W, Sukan Olimpik Rio 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain