Demi Lovato Kembali Guna Media Sosial Selepas Selar Mariah Carey - Bintang Global | mStar

Demi Lovato Kembali Guna Media Sosial Selepas Selar Mariah Carey

Demi kembali menggunakan laman sosial kerana peminat.
DEMI Lovato kembali menggunakan laman sosial hanya selepas beberapa hari mengambil keputusan tidak menggunakan Twitter dan Instagram kerana kecewa sering menjadi bahan kritikan netizen.

Time melaporkan Demi berbuat demikian kerana tidak mahu mengecewakan peminatnya yang hampa dengan keputusannya untuk tidak lagi menggunakan laman sosial.

Sebelum ini, keputusan penyanyi itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya menyelar Mariah Carey menggunakan medium itu sehingga menimbulkan kemarahan peminat penyanyi terkenal itu.

Penyanyi berusia 23 tahun itu menyifatkan Mariah sebagai biadap kerana bersikap buruk terhadap Jennifer Lopez dan Ariana Grande.

"Saya bercakap terlalu banyak. Selamat tinggal Twitter, Instagram. Saya lebih suka guna Snapchat kerana tiada siapa boleh meninggalkan komen yang menyakitkan hati," katanya.

Dalam pada itu, peminat yang marah dengan keceluparan mulut Demi mempersoalkan tindakan penyanyi itu selain menyifatkan tindakan dia sebagai terdesak.

Mariah Carey tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap serangan Demi terhadapnya.

"Demi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakannya sengaja mencari masalah memberi padah kepadanya.

"Mariah tidak pernah bercakap buruk tentang Ariana sebaliknya media dan peminat yang sering membandingkan mereka dan mendakwa Ariana cuba meniru Mariah.

"Demi cuba menarik perhatian peminat dan pengguna internet kerana kariernya yang tidak ke mana-mana," kata salah seorang peminat.

Sementara itu, pergaduhan di antara Mariah dan Jennifer tercetus apabila Mariah memberitahu tidak mengenali Jennifer ketika dia ditanya mengenai wanita berkenaan dalam satu wawancara pada 2003.

Komen Mariah itu telah menyebabkan ramai berpendapat penyanyi itu seorang yang berlagak diva dan sengaja mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun ketika muncul dalam program Andy Cohan baru-baru ini Mariah menjelaskan ramai telah salah faham dengan kenyataannya itu.

"Saya tidak faham kenapa orang masih memperbesar-besarkan perkara itu biarpun ia telah berlaku 13 tahun lalu dan jelas kenyataan saya telah disalahertikan.

"Sudah tentu saya kenal siapa dia (Jennifer) cuma saya tidak mengenalinya secara peribadi.

Apabila ditanya tentang pandangan saya tentangnya sudah tentu jawapan saya berikan 'saya tidak mengenalinya' kerana saya tidak mahu berpura-pura seperti kami mempunyai hubungan rapat," kata Mariah.

Demi Lovato , Mariah Carey , Jennifer Lopez

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain