suria

EXO Raih Artis Paling Popular MBC Entertainment Awards 2015

EXO

KUMPULAN EXO berjaya mempertahankan anugerah yang dimenangi tahun lalu iaitu Artis Paling Popular kategori penyanyi dalam majlis penghargaan MBC Entertaiment yang berlangsung malam Selasa.

Lima ahli kumpulan tampil di atas pentas iaitu Suho, Xiumin, Chen, Chanyeol dan Sehun bagi menerima penghargaan tersebut.

Sementara itu anugerah tertinggi iaitu Grand Award berjaya diberika kepada Kim Gu Ra menerusi program talk show Radio Star menewaskan pesaing terdekatnya Yoo Jae Seok.

Selain itu, pasangan terbaik dimenangi oleh Sungjae dan Joy dalam rancangan We Got Merried.

MBC Entertaiment Award merupakan majlis penganugerahan bagi program televisyen terbaik Korea Selatan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Hwang Jung Eum.

EXO

Artikel Lain