suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Glee Ditahan Disyaki Miliki Pornografi Kanak-Kanak

Pemeriksaan polis menemui ratusan imej eksploitasi seks kanak-kanak di dalam komputer milik Mark Salling.

PELAKON siri drama muzikal popular Glee, Mark Salling ditahan pada pagi Selasa kerana disyaki memiliki gambar pornografi kanak-kanak.

Salling yang memegang watak Noah 'Puck' Puckerman dilaporkan berhadapan dengan waran geledah daripada pihak polis di Sunland, California.

Menurut portal Mail Online, pemeriksaan di kediaman pelakon berusia 33 tahun itu dilakukan oleh Unit Petigas Khas Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak Jabatan Polis Los Angeles (LAPD).

Pemeriksaan polis menemui ratusan imej eksploitasi seks kanak-kanak di dalam komputer Salling.

Pegawai LAPD, Aaron Jefferson mengesahkan kepada Mail Online mengenai penahanan Salling berhubung dakwaan memiliki pornografi kanak-kanak.

Dilaporkan, pelakon itu kini disiasat di Los Angeles.

Salling muncul buat pertama kali dalam drama bersiri Glee pada 2008 dan kemudiannya menjadi pelakon tetap sehingga musim kelima.

Pada 28 Jun 2013m dilaporkan bahawa Salling tidak kembali sebagai pelakon tetap tetapi tampil sebagai bintang undangan dalam siri popular itu.


Mark Salling, Glee

Artikel Lain