suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria Beckham Jual Baju Anak Untuk Beramal

Victoria Beckham

BUKAN sekadar cantik, bergaya dan berbakat, Victoria Beckham juga dikenali sebagai seorang selebriti yang berjiwa sosial.

Menurut laporan Dailymail, Victoria memutuskan untuk menjual sebanyak 25 pasang pakaian anak perempuannya, Harper Seven dan wang hasil jualan akan disalurkan kepada organisasi Save The Children.

Pakaian-pakaian tersebut akan dijual menerusi acara Save the Children’s Fashion Saves Lives.

"Victoria mempunyai hati yang sangat baik. Dia mahu menjual baju-baju Harper meskipun ada di antaranya merupakan pakaian kegemaran anak perempuannya itu.

"Malah, kasut-kasut yang akan dijual juga akan menjadi tumpuan pembeli pada acara itu nanti," kata sumber.


Victoria Beckham

Artikel Lain