suria

Foto Perkahwinan Won Bin & Lee Na Young Dikritik

Won Bin dan Na Young mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan untuk berkahwin.
PASANGAN pelakon Won Bin dan Lee Na Young dikritik peminat hanya gara-gara tidak berpuas hati dengan hasil gambar perkahwinan mereka yang dikatakan terlalu sempurna.

Allkpop melaporkan gambar perkahwinan pasangan itu dipercayai menggunakan skrin hijau sebelum teknik penjanaan imej dilakukan bagi mendapatkan hasil menarik.

Menerusi sekeping foto, Wo Bin dan Na Young dilihat berdiri di sebuah kawasan terbuka dengan pemandangan indah di sebuah perkampungan di Korea Selatan.

Foto perkahwinan pasangan berkenaan yang dikatakan telah di edit.


Perkara itu bertambah kecoh selepas ada pihak menyebar gambar pasangan itu yang kononnya sedang berada di dalam studio berlatar belakangkan skrin hijau.

Bagaimanapun, pihak pengurusan pasangan itu menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar dan foto Won Bin dan Na Young berada di studio sebenarnya adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

Pasangan berkenaan sebelum ini mengejutkan peminat mereka apabila mengambil keputusan untuk berkahwin.
Won Bin, Lee Na Young.

Artikel Lain