suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Min Ho Bakal Saman Syarikat Produk Kecantikan

Min Ho kesal gambarnya digunakan pada produk penjagaan wajah tanpa kebenaran.
PELAKON Lee Min Ho bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat produk kecantikan kerana wajahnya digunakan tanpa kebenaran dalam salah satu produk keluaran mereka.

Allkpop melaporkan bungkusan produk 'Lee Min Ho Mayu Pack' iaitu set penjagaan wajah menggunakan gambar promo drama lakonannya iaitu Faith.

Produk itu dilaporkan mendapat sambutan hebat daripada pembeli di China dan pihaknya bimbang ia akan memberi impak buruk kepada kerjayanya sekiranya produk itu tidak selamat digunakan.

"Min Ho atau syarikat pengurusan tidak pernah bersetuju untuk mempromosikan produk berkenaan apatah lagi memberi kebenaran wajahnya digunakan pada paket.

"Ini bukan sahaja mengguna Min Ho untuk melariskan produk tetapi namanya dalam bahaya sekiranya set penjagaan wajah itu tidak selamat digunakan," ujarnya.

Lee Min Ho.

Artikel Lain