Iggy Azalea Mahu Segera Kahwin Selepas Hamil Anak Nick Young - Bintang Global | mStar

Iggy Azalea Mahu Segera Kahwin Selepas Hamil Anak Nick Young

Nick Young (kiri) dan Iggy Azalea.
PENYANYI rap Iggy Azalea dikatakan telah hamil anak  tunangnya iaitu Nick Young seorang bintang bola keranjang.

Menurut laporan Hollywoodlife, kehamilan Iggy itu menyebabkan dia segera mengambil keputusan untuk bertunang dengan Nick baru-baru ini.

"Mereka dikatakan segera mengambil keputusan untuk bertunang dan dalam masa yang sama juga akan segera berkahwin untuk sama-sama membesarkan anak itu nanti.

"Kini Iggy juga telah berhenti daripada melakukan tugas yang berat dan mula mengamalkan hidup yang sihat untuk menjaga kandungan itu," kata sumber.

Iggy juga telah membatalkan konsert yang sepatutnya diadakan kerana ingin menjaga kandungan dan ini menyebabkan ramai peminatnya kecewa tidak dapat melihat dia beraksi di pentas.
Iggy Azalea , Nick Young

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain