suria

Suzy (Miss A) Cedera Ketika Mengadakan Konsert

Suzy tetap meneruskan persembahan biarpun mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kanannya.
SALAH seorang anggota kumpulan Miss A iaitu Suzy dilaporkan mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kanannya ketika sedang mengadakan persembahan di Beijing, China pada Sabtu lalu.

Portal Soompi melaporkan, ketika kejadian Suzy dikatakan terjatuh ketika menaiki tangga ke pentas utama sebelum memulakan konsert di Thinpad Space.

Kecedaraan itu menyebabkan kakinya berdarah dan Suzy terpaksa dipapah untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun kerana tidak mahu menghampakan peminat, Suzy tetap tampil dipentas bersama rakan-rakannya yang lain untuk mengadakan persembahan.

Hanya selepas konsert berakhir, Suzy dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan doktor memberitahu kecederaan yang dialaminya tidak membimbangkan.
Suzy, Miss A, Kpop.

Artikel Berikut

Artikel Lain