suria

Peminat EXO Rempuh Anggota Polis

SEKUMPULAN anggota polis dirempuh oleh peminat fanatik kumpulan K-Pop terkenal, Exo sewaktu mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, ketika kejadian anggota polis sedang bertugas bagi mengawal peminat yang memenuhi ruang balai ketibaan bagi menantikan ketibaan EXO.

Bagaimanapun keadaan menjadi tidak terkawal apabila peminat fanatik kumpulan itu bertindak merempuh anggota polis berkenaan sebaik sahaja melihat kelibat EXO keluar daripada ruang ketibaan itu.

Ribuan peminat memenuhi balai ketibaan bagi menyambut kedatanan kumpulan EXO di Jepun baru-baru ini.

"Situasi ketika itu tidak dapat dikawal lagi sebaik sahaja mereka melihat kelibat EXO dihadapan mata mereka," kata seorang saksi yang melihat kejadian itu.

EXO dianggotai oleh 12 ahli iaitu Suho, Baekhyun, Chanyeol, D.O., Kai, Sehun, Xiumin, Luhan, Kris, Lay, Chen dan Tao.

Sedang popular dengan lagu Wolf, EXO berada di Jepun bagi bertemu peminat mereka di Saitama Super Arena, Tokyo.
EXO, Wolf, Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain