suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez Pecat Ahli Keluarga

Selena Gomez mahu pengurus yang lebih profesional.

IBU dan ayah tiri penyanyi Selena Gomez terkejut apabila mendapat tahu mereka dipecat daripada jawatan pengurus artis tersebut.

Mereka memberitahu TMZ apabila ditanya tentang perkara itu.

Menurut TMZ, Selena telah membincangkan perkara itu sejak minggu lalu namun tiada sebarang keputusan dibuat.

Ibunya, Mandy Teefey bertanya kembali tentang keputusan tersebut setelah berita itu menjadi topik utama media.

Penyanyi lagu Come and Get It itu tekad dengan keputusannya memecat ahli keluarga sendiri.

Dia mengaku ingin mendapatkan pengurus yang lebih profesional bagi mengangkat kerjayanya.

Mandy bagaimanapun agak sedih dan terkejut selain merasakan seperti dibuang kerana dia antara individu yang turut bekerja keras menaikkan Selena pada awal kemunculannya.

Selena Gomez

Artikel Sebelum

Artikel Lain