Nilai Dagangan Dua Hala Malaysia-China Menigkat - Niaga | mStar

Nilai Dagangan Dua Hala Malaysia-China Menigkat

KUALA LUMPUR: Nilai dagangan dua hala Malaysia-China meningkat sebanyak 32.7 peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata nilai dagangan yang dicatatkan dalam tempoh itu adalah RM116.57 bilion bagi Jan-Mei 2017 berbanding RM87.93 bilion bagi tempoh sama pada 2016.

"Perdagangan Malaysia-China berkembang setiap tahun sejak hubungan dua hala terjalin pada 1974.      "Saya yakin hubungan dagangan ini akan terus meningkat dengan pelbagai inisiatif yang kita ambil," katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Seni Budaya Malaysia-China 2017 di sini.

Pameran selama empat hari yang bermula hari ini di sebuah hotel bertemakan 'Traditional Fine Culture and Art' dan disertai 31 pelukis dari kedua-dua negara untuk memaparkan hasil seni budaya masing-masing melalui lukisan.

Ahmad berkata antara produk import dan eksport kedua-dua negara adalah elektrik dan elektrikal, kimia dan produk kimia, petroleum, minyak sawit dan tekstil.

Beliau berkata pencapaian hubungan dua hala Malaysia-China tidak akan terhenti di situ sahaja berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mencari peluang untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Katanya dengan mengambil peluang daripada inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (Obor) dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), langkah itu akan menjadi jambatan penghubung kepada kerjasama Malaysia-China terutamanya dalam sektor ekonomi.

Obor adalah inisiatif Presiden China Xi Jinping sebagai strategi pembangunan yang menumpukan kepada kesalinghubungan dan kerjasama dalam kalangan negara manakala RCEP memberi peluang dari segi meningkatkan liberalisasi perdagangan dan penyepaduan ekonomi di rantau Asia.

Artikel Sebelum

Sunway REIT Beli Hartanah Sunway Clio

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin