Celcom Capai 4G Menjelang Hujung Tahun - Niaga | mStar

Celcom Capai 4G Menjelang Hujung Tahun

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd yakin bahawa perkhidmatan Liputan Evolusi Jangka Panjang (LTE) Generasi Keempat syarikat itu akan setara dengan pesaing yang lain berikutan penyiapan lebih banyak tapak rangkaian di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan, berkata kerja-kerja pengembangan perkhidmatan 4G sedang berjalan dan syarikat itu berada di landasan yang betul untuk merealisasikan liputan yang lebih luas ke atas penduduk menjelang akhir tahun.

"Kami menyasarkan untuk mencapai 85-86 peratus bagi perkhidmatan 4G, daripada kira-kira 75 peratus sekarang ini.

"Perkhidmatan rangkaian LTE kami yang lebih laju adalah selaras dengan peranti mudah alih tertentu yang ada sekarang ini, ia juga meningkat dengan baik untuk para pelanggan di Lembah Klang," katanya kepada Bernama selepas taklimat media mengenai pelan internet Xpax Celcom yang baharu hari ini.

Katanya, syarikat telah memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM1.5 bilion bagi 2017 dan majoritinya akan dipakai untuk pengembangan.

"Sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk meningkatkan kapasiti dan tapak baharu 4G. Apabila kami menaik taraf tapak, ia juga akan meliputi perkhidmatan 2G, 3G di samping 4G," katanya sambil menambah bahawa kerja-kerja menaiktaraf telah dijalankan di seluruh negara.

Syarikat itu menguasai bahagian pasaran sebanyak 29.8 peratus dari segi jumlah hasil, termasuk perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.

Sementara itu, jenama prabayar utama Celcom, Xpax, sekarang ini didatangkan dengan pelan Internet yang menawarkan data 15 gigabit (GB) Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, dalam taklimat itu, berkata dengan tawaran yang lebih baik ini, pelanggan boleh memilih empat tambahan pelan baharu internet membabitkan pelan harian pada harga RM5 (sehingga 2GB), pelan dua minggu pada harga RM6 (500MB) dan RM19 (5GB).

Pelan bulanan sebanyak RM79 (15GB) dilengkapi dengan pek hiburan percuma, Music Walla dan Video Walla sebanyak 5GB.-- Bernama

Celcom , Azwan Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shell Malaysia Teroka Segmen E-Dagang

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain