suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MyHSR Akan Lantik RDC Untuk Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura

gambar hiasan kereta api laju

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd akan melantik Perunding Reka Bentuk Rujukan (RDC) bagi projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Ia berkata RDC akan memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang reka bentuk rujukan untuk komponen infrastruktur rel di Malaysia, pengurusan antara muka, pengurusan pemegang kepentingan, keperluan projek HSR dan penyediaan dokumen tender.

"RDC yang dilantik bertanggungjawab ke atas reka bentuk awal aset infrastruktur (stesen, jajaran, depot dan asas penyelenggaraan) di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

MyHSR berkata terdapat lima pakej kerja RDS, dan firma tempatan dan antara aangsa digalakkan menyertainya.

Firma yang berminat boleh melayari laman web MyHSR di http://www.myhsr.com.my/tender.php untuk memperoleh maklumat lanjut, mulai 25 Ogos, 2016.

Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pertama kalinya pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura, pada Februari 2013.

Dengan stesen terminal di Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dan Jurung East di Singapura, HSR dijangka menjimatkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.

Artikel Lain