suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Saham SP Setia Susut Walaupun Dijangka Catat Keputusan Baik

KUALA LUMPUR: Harga saham SP Setia Bhd ditutup rendah pada sesi pagi walaupun mendapat ramalan keputusan yang lebih positif dalam suku kedua.

Pada 12.30 tengah hari, saham-saham SP Setia susut satu sen pada RM3.24 dengan 229,900 saham bertukar tangan.

Maybank Investment Bank dalam satu nota penyelidikan, berkata keputusan suku kedua SP Setia yang akan dikeluarkan hari ini, mungkin berada dalam jangkaan bahawa syarikat itu akan mengaut keuntungan bersih antara RM115 juta dan RM125 juta, meningkatkan hasil separuh tahun kewangan 2016 kepada sekitar RM216 juta dan RM226 juta.

Ini akan menyumbang 29 peratus kepada 32 peratus daripada anggaran konsensus setahun penuh bank pelaburan itu.

"Bagaimanapun, pendapatan akan mula meningkat dalam suku keempat melalui pengiktirafan sumbangan daripada projek Melbourne, Parque Melbourne dan Fasa 1  London Battersea Power Station," katanya.

Bank pelaburan telah mengekalkan saranan 'beli' ke atas SP Setia dengan  harga sasaran sebanyak RM3.63 sesaham.

Artikel Sebelum

Artikel Lain