suria

King angkat kepala! Pemuda jumpa ular tedung selar di pintu masjid, rupanya datang sepasang... netizen kata nak jumpa tok kadi

Anggota APM berjaya menangkap seekor ular tedung di perkarangan masjid, dan seekor ular sawa di luar masjid.

GEMPAR sepasang ular tedung selar dilihat cuba untuk memasuki sebuah masjid.

Menerusi video yang tular, kelihatan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke pintu utama untuk ke ruang solat bagi menangkap salah seekor ular tersebut.

"Sepasang ular tedung nak masuk masjid," menurut keterangan video yang dikongsi menerusi akaun TikTok.

Beberapa anggota APM dilihat memegang ular tedung yang dikatakan berukuran tiga meter, berdekatan pintu pagar masjid.

Bagaimanapun, dalam video berlainan mendedahkan seekor lagi reptilia itu sebenarnya merupakan ular sawa yang berada di luar masjid.

ular masuk masjid 2

Seekor ular tedung dan seekor ular sawa yang berjaya ditangkap.

Detik cemas itu turut dikongsi oleh seorang lelaki yang merupakan pemilik video, mendedahkan dirinya nyaris dipatuk ular tedung ketika hendak memasuki masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar ular sawa muncul depan muka pukul 12 tengah malam... Gadis syak 'penghuni' Tasik Kenyir ikut dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada 'makhluk tumpang'! - "Dalam bilik boleh terhidu bau bangkai"

"Ini sebelum JPAM (Jabatan Angkatan Pertahanan Malaysia juga APM) sampai. Baru je selangkah naik tangga masjid.

"Tergerak nak toleh ke kanan. Sekali King (ular) tengah angkat kepala,” katanya menerusi akaun doctor_akie31 yang memaklumkan kejadian berlaku di sebuah masjid di Rembau, Negeri Sembilan.

Pada masa sama, pemuda berkenaan turut bersyukur kerana dirinya selamat dalam kejadian itu.

"Allah masih melindungi saya. Alhamdulillah," katanya ringkas.

ular masuk masjid 3

Seorang pemuda berkongsi detik cemas menjumpai seekor ular tedung.

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas pasukan APM yang berjaya menangkap kedua-dua ular itu bagi mengelakkan jemaah masjid daripada diancam reptilia tersebut.

Rakaman turut menunjukkan kesemua pintu masuk ke ruang solat ditutup dan tiada kelibat jemaah kelihatan ketika kejadian.

Tergerak nak toleh ke kanan. Sekali King (ular) tengah angkat kepala.

PEMUDA

Namun, insiden sepasang ular tedung dan ular sawa itu juga dijadikan sebagai bahan gurauan netizen dengan mengaitkan pernikahan di selatan Thailand dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Sepasang? Nak nikah ke tu?

ular masuk masjid 4

Antara komen netizen.

"Sepasang kekasih tu.

"Nak masuk nikah ler tu. Imam tak sampai lagi. Nanti diaorang pergi Thailand. Dah viral nanti kan, susah pula.

"Ular nak nikah tu, cari tok kadi.

"Baru nak nikah, dah kena tangkap pula," demikian antara komen netizen menerusi video yang kini meraih lebih 280,000 tontonan di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain