suria

Suami gelabah takut isteri hamil lagi, cepat-cepat suruh makan nanas... Pelik tak datang haid walau dah cucuk ‘Depo Provera’

Wanita ini berkongsi kisah lucu tentang suaminya membelikan sebiji nanas kerana takut hamil.

SETIAP anak adalah pembawa rezeki dalam keluarga.

Namun setiap pasangan dinasihatkan supaya merancang serta menjarakkan kehamilan demi memastikan kualiti hidup ibu dan anak terjamin.

Bagimanapun masih terdapat kes 'terlajak' sehingga dikurniakan zuriat baharu walaupun usia anak yang sebelumnya masih kecil.

Begitulah halnya dengan seorang wanita bernama Effa Aziz apabila mengesyaki dia hamil lagi walaupun anak ketiganya baharu berusia empat bulan.

Kata Effa dia sudah mengambil suntikan Depo Provera yang merupakan antara kaedah paling popular dalam kalangan wanita untuk merancang kehamilan, namun baru-baru ini dia tidak datang bulan.

“Anak saya yang kecil umur empat bulan dan saya ambil perancang Depo hampa.

“Bulan ni saya takmai (tak datang) period,” katanya menerusi TikTok.

Terdahulu Effa mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dan cerita tentang reaksi suaminya selepas diberitahu dia tidak datang bulan seperti biasa.

Cerita Effa, suaminya meminta dia memakan nanas muda dengan harapan agar dapat mengelak berlakunya kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak merancang, tapi kerap 'lekat'... ibu beranak ramai stres kesuburannya jadi bahan orang sekeliling - “Suruh dia stop, asyik buat anak je”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang mood, kawan selamba tanya soalan tentang ‘tak lekat zuriat’ ketika keluar sambut anniversary dengan suami

"Suami takut saya mengandung lantas terus belikan buah nanas. Tapi saya pula tak suka makan nanas muda... takut gatal-gatal di lidah.

"Dia kata makan cepat-cepat sikit supaya datang period," katanya.

Kata Effa, memakan buah nanas tidak akan memberikan kesan seperti diharapkan oleh suaminya seperti kepercayaan orang dahulu.

“Dia (suami) ingat kalau makan nanas tu... turunlah (darah haid). Kalau nak lekat tu, makan nanas pun dia tak turun.

Makan nanas tak turun darah... saya dah cuba, ‘keluar’ seketul anak bongsu.

NETIZEN

“Saya pelik juga, anda (lelaki) takut kenapa? Anda berani ‘buat’, anda berani tanggunglah,” seloroh Effa.

Perkongsian Effa di TikTok meraih hampir 500,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-ratanya terhibur malah sempat berkongsikan pengalaman mereka yang hampir sama dengan Effa.

“Makan nanas tak turun darah. Saya dah cuba. ‘Keluar’ seketul anak bongsu.

Komen netizen di TikTok.

“Saya mengandung anak kedua suka betul dengan nanas. Suami belikan nanas sekilo memang sedap layan dengan asam. Tapi masa tu tak tahu pun saya mengandung.

“Kalau dah cucuk Depo memang ada masalah tak datang bulan. Saya dah bertahun berhenti tapi masih masalah (haid tak teratur) berterusan.

Dalam pada itu, ada warganet menyatakan bagi yang pernah mengambil Depo, gangguan kitaran haid adalah kesan sampingan biasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain