suria

Malu tengok kawan sendiri pakai jeans carik-carik, dua sahabat bagi pengajaran... Terus koyak sampai jahanam!

Seluar dipakai Amirul telah dikoyakkan oleh sahabatnya Imran dan Wan.

SESEBUAH ikatan persahabatan pastinya tak lekang dengan senda dan gurau.

Walaupun ada kalanya ia kelihatan sedikit keterlaluan namun keakraban dalam berkawan tidak menjadikan guraun kasar itu sebagai satu masalah.

Demikianlah apa yang berlaku dalam perkongsian rakaman dimuat naik, Muhammad Imran Mohamad Yusof, 23, menunjukkan dia sedang mengoyakkan seluar rakannya, Muhammad Amirul Erwin.

Video yang dirakam oleh seorang lagi rakannya, Wan Mieyyol itu mendapat perhatian warga maya apabila melihat reaksi Amirul yang tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu kerana sedang memegang sebiji durian.

"Saya dan kawan-kawan baru pulang dari makan durian dekat rumah salah seorang kawan kami. Oleh kerana Amirul tak dapat ikut, kawan kami hantar gambar durian dekat dia.

"Amirul beritahu dia pun ada beberapa biji durian belum dimakan di rumahnya jadi kami minta dia bawa ke studio tempat kami selalu buat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin penerima hadiah kondom tak ambil hati lawak dianggap tak kena tempat, mohon maaf bagi pihak sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Niat YouTuber nak prank kahwin lain... pilu si isteri sampai basah tudung dek air mata - “Dia ibarat buat kerja bodoh”

"Rancangan asalnya kami mahu ke Alor Setar atas urusan kerja selepas semua tiba di studio. Tiba-tiba bila mangsa (Amirul) sampai, kami nampak dia pakai seluar jeans yang macam tu," ujar Imran ketika dihubungi mStar.

Melihat keadaan seluar jenis jeans dipakai Amirul yang kelihatan kurang sopan, Imran dan Wan merancang untuk mengoyakkan seluar itu.

Walaupun gurau senda mereka ini kelihatan sedikit kasar, ujar Imran yang menetap di Guar Chempedak, Kedah, ia merupakan cara mereka memberi teguran sebagai seorang kawan.

Imran (kiri) dan Wan (kanan) yang menjadi dalang dalam rancangan ini.

"Apabila Amirul sampai studio kami nampak dia pakai seluar jeans style koyak-koyak tu. Sebenarnya daripada dalam kereta lagi kami nampak dan beritahu rancangan untuk jahanamkan seluar tu supaya dia tak boleh pakai lagi.

"Setelah berpakat, kami koyakkan seluar Amirul sehingga dia tak dapat lagi pakai jeans tu. Boleh tengok sendiri keadaan seluar yang dah teruk macam dalam video tu," ujar Imran yang bekerja di syarikat sebuah kilang di Pulau Pinang.

Berikutan video yang dimuat naik sehingga menjadi tular, rata-rata warga maya memuji tindakan menegur rakannya walaupun kelihatan melampau.

Malah mereka turut meminta Imran memuat naik video sambungan di sebabkan teruja untuk melihat keadaan seluar dipakai Amirul.

Keadaan seluar Amirul setelah dikoyakkan oleh dua orang sahabatnya.

"Suka dengan friendship lelaki macam ni pun tak ada nak ‘koyak-koyak’. Kalau kata perempuan mengata hang (kau) dan aku akhirnya buat haluan masing-masing.

Member-member punya fasal. Taubat tak buat dah.

“InsyaAllah taubat... lepas ni tak pakai dah,” seloroh netizen di ruangan komen.

Jelas Imran, setelah kejadian video tersebut, Wan kemudian memberikan sehelai seluar miliknya kepada Amirul sebelum mereka meneruskan agenda untuk ke Alor Setar.

Imran (empat dari kiri) bersama rakan-rakannya.

"Lepas kejadian tu Amirul okey saja. Kami memang bergurau kasar sebab dah terbiasa berkawan sejak kecil sampailah sekarang walaupun masing-masing dah bekerja.

"Lepas tengok balik rakaman kami rasa kelakar pula. Panjang lagi video tu tapi ambil part tu saja sebab tak sangka ramai yang terhibur.

"Apa-apa pun kami memang tak ada niat nak aniaya kawan. Semua tu hanya teguran daripada sahabat yang tak nak tengok dah kawan pakai seluar koyak-koyak macam tu. Lepas kami koyak baru tegur si mangsa," kata Imran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain