suria

Lengan baju sampai kendur sebab nak sorokkan sesuatu, selepas 2 kali dikata ‘ong’ gadis belajar terima keistimewaan diri - “Tak berani cakap lebih, kita tak cantik”

Hajar berasa malu dengan keadaan tangannya yang tidak sama seperti gadis lain.

"WAH! Banyak ong!"

Itulah ungkapan yang diterima oleh seorang gadis tentang tanda lahir yang berada di tangan kirinya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan, dia menyuarakan rasa kurang yakin kerana tangannya tidak seperti wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tahan sabar, ramai mak ayah ‘usha’ pelik... tanda lahir anaknya disangka kudis - “Orang geli, tak nak dekat... kesian anak ibu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia cantik luaran dan dalaman, langsung tak sebut tentang tanda lahir itu...”

Berkongsi pengalamannya bersama mStar, Siti Hajar Osman, 19, memberitahu bahawa dia berkongsi vieo tersebut hanya sekadar mahu mengikut trend di TikTok.

Bagaimanapun gadis berkenaan terkejut apabila video yang dimuat naik pada 15 Oktober itu meraih hampir 500,000 tontonan di platform tersebut.

"Saya ada melihat video di TikTok di mana mereka post pasal tangan berbulu atau tak cantik macam orang lain. Saya pun cuba la buat video yang serupa macam tu, sebab ada tanda lahir yang besar pada tangan kiri.

"Terkejut juga la views video tangan saya naik mendadak dalam masa dua jam. Sebab sebelum ni video saya yang lain-lain tak ramai pun yang tengok.

IMG_1477 (2)

Tanda lahirnya itu menjadi semakin besar apabila dewasa.

"Tanda ni memang dah ada sejak lahir lagi, tapi waktu bayi dulu kecil sahaja. Arwah mak kata ia membesar ikut tangan kita sebab ia tanda lahir yang hidup," katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan kini menetap di Bangi, Selangor.

Lebih mesra disapa Hajar, katanya, dia rasa terasing kerana memiliki tanda lahir yang begitu ketara pada tangan kirinya.

Tambahnya lagi, dia diejek dengan pelbagai gelaran yang kurang enak didengar daripada orang sekeliling.

"Saya mula rasa insecure dengan tanda lahir pada tangan ini waktu sekolah menengah. Dapat kawan pula yang jenis perfect dan kulit cantik, kalau orang pandang mereka mesti ada yang cakap 'Wow! Cantiknya!'.

"Berbeza dengan saya yang tak cantik ni, sejak dari tadika lagi sudah diejek dengan bermacam-macam nama. Kawan sendiri pun ada yang cakap tangan beruk, tangan hitam dan macam tangan monyet.

IMG_1686

Hajar selalu memakai baju lengan panjang untuk menyorokkan tangannya.

"Selalunya buat tak tahu je bila diejek, tapi kalau dah rasa geram sangat saya akan balas balik. Cuma nak cakap lebih-lebih tu tak berani la sebab kita pun tak cantik, kalau nak back up diri sendiri nanti orang tetap akan usik juga," katanya.

Menurut Hajar, dia sering memakai baju lengan panjang kerana mahu menyorokkan tanda lahir di tangan kirinya.

Namun semuanya berubah apabila dia terpaksa bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasar raya yang terletak di Kajang, Selangor pada April lalu selama tiga bulan.

"Kadang-kadang sampai lengan baju tu pun kendur sebelah sebab saya asyik tarik untuk menutup tanda lahir daripada dilihat orang sekeliling.

"Tapi disebabkan saya bekerja sebagai seorang juruwang, masa itu la baru berani nak tayang tangan pada orang ramai.

Tapi bila kita bersyukur dan reda dengan pemberian Allah, benda itu akan buat kita rasa normal seperti orang lain.

SITI HAJAR OSMAN

"Ada seorang makcik ni dia tegur tanda lahir saya, dia kata buat apa nak malu kerana ia adalah pemberian tuhan dan membawa rezeki. Selang beberapa hari kemudian ada seorang perempuan Cina tegur, dia cakap tanda lahir saya banyak ong (tuah).

"Sejak itu saya mula rasa yakin dan tidak malu dengan kata-kata orang. Sebab mereka tak ada tanda yang macam ni, kira macam saya ni special la," ujarnya yang kini bekerja sebagai seorang operator kilang di Sendayan, Negeri Sembilan.

Biarpun anak keenam daripada lapan beradik ini pernah berniat untuk membuang tanda lahir tersebut, namun Hajar belajar untuk bersyukur dengan keistimewaan yang ada pada dirinya.

Jelasnya lagi, setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing.

"Perasaan insecure tu memang wujud dalam diri masing-masing. Pasti ada yang tak puas hati dengan paras rupa dan bandingkan dengan orang lain.

"Tapi bila kita bersyukur dan reda dengan pemberian Allah, benda itu akan buat kita rasa normal seperti orang lain.

dfcg

Hajar selalu menyorokkan tangannya ketika bergambar.

"Jadi tak perlulah nak overthink sangat benda macam ni. Sebenarnya kita kena bergaul dengan individu yang positif, baru la ia boleh mengubah presepsi terhadap suatu perkara," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain