suria

Lelaki sebak lihat wajah makcik sambut 1 Syawal bawah tangga, apa maksud senyumannya ketika ditanya tentang anak?

Afiq membawa juadah rendang, ketupat dan sambal udang buat wanita yang ditemui tidur di bawah tangga bangunan pada Khamis lalu.

KITA semua pastinya mahu berkumpul dengan ahli keluarga dan sanak-saudara pada pagi 1 Syawal.

Namun, seorang wanita Melayu meraikan hari mulia itu dalam keadaan serba daif apabila dia ditemui tidur di bawah tangga sebuah bangunan pada Khamis lalu.

Menurut Muhammad Rafiq Rahimi Mohd Radzif, 23, dia pada waktu itu keluar untuk membeli barang sebelum terserempak dengan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lihat peniaga basah kuyup tiap petang, jejaka plan kejutan... apa yang dibuatnya bawa duit ‘berkepuk-kepuk’ ke bazar Ramadan?

ARTIKEL BERKAITAN: “Lambat dia hulurkan tangan” - Motor pemuda rosak di tepi kubur jadi asbab, suami isteri terkejut niat sedekah dibalas sekelip mata

"Pagi raya tu kami sekeluarga dah siap bersalaman dan bermaafan. TIba-tiba mak minta saya keluar beli senduk.

"Saya pergi ke sebuah pasar raya Mydin di Melaka Sentral. Sewaktu nak keluar, saya ternampak makcik tu tidur sendirian di bawah tangga.

"Jadi saya balik ke rumah, maklumkan pada mak dan kami bungkus makanan sebelum saya pergi semula untuk bagi kepada makcik tu," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesra disapa Afiq, dia ternyata sebak mengenangkan nasib wanita itu yang sebatang kara dan meraikan Aidilfitiri dalam keadaan cukup hiba.

Afiq merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Namun katanya, dia lega melihat wanita itu tersenyum selepas dihulurkan juadah rendang, ketupat dan sambal udang yang dimasak sendiri oleh ibunya, Noridah Alwei yang kini berusia 51 tahun.

"Masa pertama kali saya tengok makcik tu, terus saya sebak. Saya fikir pada pagi raya kita semua akan bersama keluarga, tapi makcik tu tidur bawah tangga.

"Automatik rasa kesian. Sewaktu jumpa, sempatlah kami borak sekejap. Makcik tu kata dah lama dia hidup macam tu.

Saya cuma nak tunjuk bahawa ada ramai orang susah di luar sana dan kita perlu rajin bersedekah.

AFIQ

"Saya tanya anak dia, makcik tu cakap entahlah... kemudian dia tersenyum sahaja. Terus saya rasa lagi sebak," imbas anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Afiq, dia tidak berniat menunjuk-nunjuk apabila berkongsi video pertemuannya dengan wanita itu di laman sosial.

Afiq bersama ibunya.

Sebaliknya, dia mahu memberi mesej mengenai amalan sedekah serta berharap agar nasib wanita itu terbela.

"Saya tak tunjuk muka makcik tu dalam video, saya sendiri pun pakai mask. Tiada niat nak menunjuk-nunjuk.

"Saya cuma nak tunjuk bahawa ada ramai orang susah di luar sana dan kita perlu rajin bersedekah.

"Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Allah akan balas semula rezeki kita," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Afiq merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Automotif di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Melaka.

Pada masa sama, Afiq turut menjalankan perniagan produk kesihatan dan kecantikan untuk mencari sumber pendapatan sendiri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A