suria

Jaga anak tapi ralit main handphone, kata-kata aunty tak dikenali buat lelaki ini terdiam - “Sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan”

Seorang pelayar Facebook terjentik selepas ditegur seorang wanita kerana terlalu ralit dengan telefon bimbit sewaktu sedang menjaga anak. Gambar hiasan.

KADANG kala tanpa disedari, ibu bapa lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara lain sehingga terlupa untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak.

Antara contoh paling dekat, ada dalam kalangan ibu bapa terlalu 'asyik' membelek telefon bimbit walaupun ketika berada bersama anak.

Begitu juga halnya dengan lelaki ini, namun perbualannya dengan seorang wanita berbangsa Cina yang ditemui di sebuah hospital benar-benar memberi tamparan kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkali-kali anak panggil 'ayah!', si bapa malas layan... selepas 10 minit rasa tak sedap hati - “Ketepikan telefon, anak-anak rindukan kita!”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dipuji jaga adab... mak ayah selamba jawab cuma pandai berlakon, siap kata perangai hantu – “Tanpa sedar kita dah buka aib anak”

"Sampai di hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

"'Ain mula merepek dan berlari-lari kesana kemari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat 'Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.



Sebahagian daripada perkongsian pelayar berkenaan mengenai kisahnya dengan seorang wanita yang ditemuinya di hospital.

"Itu anak you?'. Tanya seorang aunty berbangsa Cina. 'Ya'. Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon. 'You untung, anak you comel'. Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari," cerita pelayar bernama Khairul Hakimin Muhammad dalam satu posting di Facebook.

Ujar pelayar tersebut, selepas menegur dirinya, wanita itu kemudian mula bercerita mengenai anak lelakinya yang masih kecil itu.

"Itu anak saya, you tak tanya pun saya nak story. Saya dapat dia ketika berumur 39 tahun. Dia satu-satunya anak yang saya ada. Suami saya ada syarikat besar, tapi saya ada satu pemberian hebat dari Tuhan.

Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD

"Bila husband saya balik rumah, saya akan pastikan dia tak pegang handphone. Saya cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur.

"Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit, cari kawan, cari senyum sana sini dengan handphone.

"Saya nasihat satu perkara. Bila dengan anak, keluarga, ibu bapa, letaklah telefon di tepi. Tak perlu fikir pasal Facebook. Keluarga ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Luangkan masa dengan mereka," demikian tulis pelayar tersebut, mengimbas kembali kata-kata yang dituturkan wanita berkenaan kepadanya.



Tabiat terlalu bergantung kepada telefon bimbit secara tidak langsung boleh merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anak. Gambar hiasan

Tambah lelaki itu, selepas mendengar nasihat yang disampaikan wanita berkenaan, dia serta merta terdiam.

"Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga.

"Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah," tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya lagi, dia terjentik dengan kata-kata wanita berkenaan malah turut kagum dengan cara yang dipraktikkannya dalam mendidik anak.

"Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin," tulisnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain