suria

Alahai...kambing pun hipster sekarang, lepak atas bumbung rumah!

Dua ekor kambing milik ayah Tengku Khairunnisa.

JARANG sekali kita lihat haiwan selain kucing yang memanjat tempat tinggi dan tambah melucukan apabila sang kambing ada di atas bumbung rumah di Kuala Lipis, Pahang. 

Baru-baru ini sebuah video tular di laman Twitter apabila seorang gadis dari Kuala Lipis, Pahang, Tengku Khairunnisa Tengku Mahmud Mayidin memuat naik video dua ekor kambing peliharaan bapanya memanjat bumbung rumah jiran mereka.

Remaja berusia 19 tahun itu ketika dihubungi mStar Online berkata, dia terkejut apabila melihat kambing peliharaan ayah tirinya, Zulkifli Mohd Zin berada di atas bumbung rumah salah seorang jirannya.

"Ayah saya suka pelihara haiwan seperti kambing, burung, arnab dan ayam, malahan ada kandang kecil di belakang rumah untuk enam ekor kambing tapi dua ekor kambing yang ada atas bumbung tu ayah tak ikat sebab masih kecil.

"Jadi, kambing tu memang suka jalan-jalan pusing satu kampung tapi petang Ahad lepas, kami terkejut bila tiba-tiba ia hilang.

Posting yang dimuat naik di akaun Twitter milik Tengku Khairunnisa.

"Rupa-rupanya ada kat atas bumbung rumah jiran pula. Mungkin dua ekor kambing itu panjat tangki air dan terus lompat ke atas bumbung. Saya tak sangka kambing boleh panjat sebab tinggi bumbung tu," ujar Tengku Khairunnisa yang juga pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang ini.

Malahan insiden melucukan itu dirakam sendiri Tengku Khairunnisa dan kebetulan pula ada kenduri kahwin di kawasan itu, menyebabkan gelagat haiwan berkenaan mendapat perhatian ramai.

"Lepas saya rakam video itu, saya dan ayah pergi ke rumah jiran berkenaan untuk tengok kambing. Tetapi kami tak dapat nak buat apa-apa. Jadi kami fikir mungkin kambing itu boleh turun sendiri dan bila saya tengok, kambing itu dah ada depan rumah pada waktu senja,"ujarnya.

Video yang dimuat naik oleh akaun twitter milik Tengku Khairunnisa.

Rata-rata netizen teruja melihat posting berkenaan di akaun Twitter @kuu_nisa yang meraih lebih 12,852 ulang kicau dan 7,100 tanda suka serta mendapat kira-kira 143,000 tontonan sejak dimuat naik pada 31 Mac lalu.

"Kambing pun lepak rooftop sekarang," komen @haziq_shafiee.

"Member cabar la tu, kambing-kambing ni memang senang terpengaruh dengan rakan sebaya," tulis @irfannaqhib.

"Kambing pun hispter ke sekarang ni hehe," tulis @ummi_shafiqah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kambing, Pahang

Artikel Lain