suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa, anak perempuan maut kereta dihempap pokok tumbang

pokok tumbang 2

DUA pelancong warga China dipercayai bapa dan anak perempuan maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan di Lebuh Gereja, George Town.

Mayat kedua-dua mangsa yang terperangkap di dalam kereta ditemukan dalam kejadian pada Rabu.

Pasukan bomba dapat mengeluarkan kedua-dua mangsa berusia 50an dan 30an, kira-kira pukul 5 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok tumbang hempap kereta, mangsa dikhuatiri maut

Mangsa lelaki ditemukan berada di tempat duduk belakang, manakala mangsa wanita dijumpai di tempat duduk penumpang hadapan.

Sebuah kren dibawa masuk untuk mengalihkan pokok tumbang, yang mana akarnya melekat pada dinding konkrit ketika kejadian.

Difahamkan, kedua-dua mangsa baru selesai melakukan lawatan di lokasi tersebut dan mahu beredar ketika kejadian berlaku.

Pemandu kereta bagaimanapun terselamat tanpa mengalami kecederaan.

Dua lagi kereta yang diparkir di lokasi kejadian turut musnah. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain