suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk prosiding sebutan kes, datuk dan nenek turut hadir

IBU bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember tahun lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 8.45 pagi Jumaat.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tiba untuk prosiding sebutan kes bagi pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

Turut kelihatan hadir bersama adalah datuk dan nenek mangsa, Zahari Mohd Reba dan Hasni Zakaria.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Seksyen 302 kerana membunuh... Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai anak

Pada 13 Jun lalu, Zaim dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pada 1 Jun lalu Zaim dan Ismanira direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediaman keluarganya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember tahun lalu, sebelum mayatnya ditemukan di anak sungai berhampiran kawasan apartment berkenaan pada keesokan harinya.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain