suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga asing bahayakan nyawa kayuh basikal atas lebuh raya... Tak takut selepas disergah!

Seorang warga asing dirakam sedang mengayuh basikal di sebuah lebuh raya di Pulau Pinang.

BUAT macam negara sendiri dan tidak patuh undang-undang.

Begitulah gambaran mengenai tindakan berbahaya seorang lelaki warga asing yang selamba mengayuh basikal di tengah-tengah lebuh raya.

Video yang dirakam di Seberang Perai, Pulau Pinang itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh orang awam menerusi TikTok pada Ahad.

Menerusi video tular, warga asing itu disergah oleh lelaki yang menaiki sebuah lori.

Dia kemudiannya memalingkan muka ke arah lori sebelum meneruskan kayuhannya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

Selain TikTok, video itu turut dikongsi ke laman X sehingga warga asing berkenaan menerima komen-komen kecaman daripada netizen.

"Saya tertanya-tanya. Masa minta kerja dulu mereka tak diterangkan ke tentang undang-undang Malaysia?

"Mereka nak Malaysia jadi macam Bangladesh kot.

"Dia buat macam negara dia.

"Cari pasal sungguh warga asing sekarang," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain