suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik sesak di Jambatan Pulau Pinang, treler terbabas halang laluan

Tangkap layar rakaman kemalangan membabitkan treler dan sebuah kereta.

KEMALANGAN membabitkan sebuah treler dan sebuah kereta di sepanjang Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Georgetown Pualau Pinang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di lorong berkenaan pada 12 Mei.

Ia berikutan treler terlibat terbabas ke atas pembahagi jalan di bahagian sempadan pulau dan menyebabkan unit traktornya terpisah daripada muatan sehingga menghalang laluan.

Berdasarkan rakaman video tular, unit traktor itu melepasi penghadang yang memisahkan lorong motosikal dan kereta.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu menunjukkan kerosakan teruk di bahagian belakang dan kanan hadapan.

Pun begitu, sehingga kini polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat masih belum mengeluarkan kenyataan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain