suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video tular sekumpulan lelaki ‘tawan’ puncak Merdeka 118 dirakam tahun lalu... penceroboh sudah ditahan, didakwa

Lelaki ini memanjat menara Merdeka 118 bersama rakan-rakannya.

INSIDEN di mana sekumpulan lelaki menceroboh menara Merdeka 118 sebenarnya berlaku pada tahun lalu dan mereka telah ditahan polis, kata PNB Merdeka Ventures (PNBMV).

PNBMV dalam satu kenyataan berkata, insiden itu berlaku pada 1 Mei tahun lalu dan semua penceroboh telah ditahan dan disabitkan di bawah Seksyen 357 Kanun Keseksaan.

"Kami ingin menekankan bahawa aksi tersebut tidak mendapat kebenaran kami dan aksi yang dipaparkan kumpulan lelaki itu jelas menyalahi undang-undang dan berbahaya, sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan juga pekerja di tapak pembangunan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia jadi perjalanan pertama antarabangsa, bekas tentera Amerika pula panjat Merdeka 118

"Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram," menurut PNBVM dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut syarikat itu lagi, pihaknya akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatannya di sekitar bangunan yang masih aktif dalam pembinaan, di mana keselamatan menjadi keutamaan.

Terdahulu, mStar melaporkan bagaimana seorang bekas anggota tentera Amerika, Isaac 'Drift' Wright melalui akaun YouTube miliknya menunjukkan dia dan rakan-rakannya berjaya memanjat menara Merdeka 118.

Sebelum itu, pasangan Rusia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau juga mendakwa mereka berjaya 'menawan' puncak menara Merdeka 118 yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain