suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja keras sampai kurang makan, dehidrasi… Anggota APM pengsan dalam operasi SAR Batang Kali

Pegawai APM yang pengsan itu menerima rawatan lanjut di Hospital Selayang. FAIHAN GHANI/The Star

SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke hospital selepas pengsan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh Father's Organic Farm pada Sabtu.

"Dia dipercayai pengsan kerana cuaca panas serta dehidrasi dan kelaparan.

"Dia merupakan anggota APM dari Sabak Bernam dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," kata APM dalam satu kenyataan.

Terdahulu operasi SAR disambung pada pukul 7.30 pagi Sabtu.

Operasi SAR kali ini menumpukan kepada pencarian mangsa terakhir, seorang kanak-kanak lelaki di Sektor A Hillview (pemandangan bukit) di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, pada jam 2.42 pagi pada 16 Disember telah meragut 30 nyawa, dengan seorang masih hilang. 61 lagi terselamat daripada bencana itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain