suria

Jijik! Onani belakang rumah, lelaki diburu polis

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki melakukan onani di belakang rumah.

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dirakamkan sedang melakukan onani di belakang sebuah rumah di Seksyen 23 di Shah Alam, Selangor.

Perbuatan tidak senonoh itu dirakamkan menerusi kamera litar tertup (CCTV) di lorong belakang kawasan perumahan.

Suspek dilihat membongkok dan mundar-mandir ke hadapan dan ke belakang sambil mengintai melalui tingkap dapur salah sebuah rumah sambil melakukan onani.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Tak sedar aksi lucah diperhatikan, lelaki tua sangap asyik melancap hidu, ramas pakaian dalam wanita... kelam kabut lari, terkejut kena sound

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman berdurasi satu minit 19 saat itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

"Pengadu yang merupakan akauntan dan ibu kepada seorang anak membuat laporan polis berhubung kejadian pada 27 April lalu selepas mendapat makluman mengenai perkara itu daripada seorang jirannya.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ke rumah mangsa.

"Rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek berikutan rakamannya hitam putih," katanya sambil menambah bahawa suspek dipercayai warga asing.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai perbuatan tidak senonoh di tempat awam di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain